Im a new user of Canon,i would like to snap a picture.. Enjoy it..
Saturday, 23 March 2013
suatu ketika dahulu..
ade_ajiem bila tgk gambar-gambar di facebook membuatkan hati kecilku begitu rindukan kamu..dimana suatu ketika dahulu kita selalu bersama,bermanja,bermesra,bergurau senda tanpa ada batasannya.hinggakan tidur kita juga bersama,walau jauh di mata tetapi dihati kita dekat selalu.tiap saat bersama bagai tak terasa lamanya,andai dapat kiranya mahu lagi bersama lebih lama.entah badai apa yang melanda,kita terpisah jua.namun,ku sedar puncanya juga dari aku yang tak pernah mempedulikan perasaanmu pabila ku melayan yang lain.sedangkan aku tahu cemburumu,sayangmu terhadapku memuncak ke langit.tapi aku juga manusia yang tak pernah terlepas daripada melukakan hati insan yang ku sayangi.setelah kau jauh pergi,barulah aku sedari bahawa tiada yang lain yang dapatku sayangi melainkanmu dihati ini.namun kau tetap pergi tuk yang kedua kali,kerna kau belum pasti adakah aku atau dia yang berada dihati.itu pun ku tahu setelah kau kembali menjelaskan apa yang terjadi dan kenapa kau tidak mahu aku menghubungi dirimu lagi.dan ketika ini dapat aku rasakan lagi,aku makin menyendiri kerna kau tidak lagi sebelum ini atau aku kah yang tidak mampu memahami dirimu saat ini??ingin sekali ku menggunakan gambar kita bersama agar orang lain bisa tahu bahawa aku benar-benar sayangkanmu,tapi aku bimbang kau tak mahu aku melakukan itu.izinkanku untuk menyayangi dirimu ke akhir hayatku kerna ku tahu kau tak mungkin menjadi milikku.
#sayarindukanawaksangat2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment